PETALING JAYA: Perdana menteri menyampaikan bantuan kepada Jocelyn Dewi, wanita 27 tahun yang menjaga tiga adik selepas pemergian ibu bapa mereka, ketika negara meraikan Deepavali.
FMT sebelum ini melaporkan kesukaran Jocelyn menampung kehidupan keluarganya sejak beberapa bulan lalu.
Wanita itu satu-satunya pencari nafkah untuk membesarkan dua adik yang bersekolah dan seorang yang menghidap autisme.
Anwar Ibrahim menulis sumbangan dan kelengkapan Deepavali disampaikan kepada Jocelyn oleh setiausaha politiknya, Farhan Fauzi, semalam.
“Saya dimaklumkan bahawa saudari Joselyn perlu memikul amanah selaku ketua keluarga selepas kematian bapa manakala ibunya pula pulang ke Filipina,” katanya di Facebook.
Jocelyn berdepan kesukaran mendapatkan pekerjaan tetap kerana tidak memiliki kad pengenalan, lantaran ibu bapanya mendaftarkan perkahwinan selepas dia dilahirkan.
“Saya…