Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PM sanjung peranan Agong pecah kebuntuan politik

today27 January 2024

Background


Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata kebijaksanaan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam mewujudkan kerajaan perpaduan telah berjaya mempertaut permuafakatan dan memungkinkan kestabilan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim yakin seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.

Perdana menteri berkata, keprihatinan Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terhadap kebajikan rakyat jelata juga melangkaui batasan biasa antara raja dengan rakyat.

“Bermula dengan ketidakstabilan dan simpang-siur politik yang berpanjangan, penularan serta hentakan pandemik Covid-19 dan kelesuan ekonomi silih berganti telah meletakkan negara dalam ketidaktentuan dan kegawatan.

“Namun, Tuanku telah menyempurnakan amanah pemerintahan dengan sempurna melalui sifat-sifat yang merakyat serta istiqamah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Melaka tamatkan penantian 39 tahun

Alor Setar: Pasukan sepak takraw Melaka menepati ramalan apabila muncul juara pada kejohanan Piala Emas Khir Johari edisi ke-57 selepas menewaskan Pulau Pinang pada aksi final di Stadium Sultan Abdul Halim di sini, hari ini.

today27 January 2024