Hot FM

PM serikan rumah terbuka Deepavali MIC-MIED


Anwar ibrahim MIC-MIED DEEPAVALI 2
Perdana Menteri Anwar Ibrahim disambut hadirin pada majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC dan MIED. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM:

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC dan Maju Institute of Educational Development (MIED) di Kota Kemuning.

Ketibaan beliau disambut Pengerusi MIED SA Vigneswaran, yang juga presiden MIC, sekali gus memeriahkan lagi sambutan Pesta Cahaya yang dihadiri hampir 3,000 tetamu daripada pelbagai kaum.

Perdana menteri meluangkan masa beramah mesra dengan tetamu dan majlis juga dihadiri beberapa pemimpin politik, antaranya bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden MCA Wee Ka Siong.

Sementara itu, Vigneswaran berkata, sambutan itu membuktikan rakyat Malaysia boleh hidup secara harmoni serta sentiasa berkongsi kegembiraan perayaan sepanjang tahun.

“Perayaan dapat menjadi medan integrasi antara kaum. Walaupun wujud perbezaan latar belakang politik, sambutan seperti ini berupaya mengetepikan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version