Hot FM

PM seru syarikat swasta bantu mangsa banjir


ANWAR IBRAHIM
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tindakan itu akan membolehkan syarikat besar melihat sendiri masalah dan kesusahan dialami rakyat jelata.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menyeru syarikat swasta bersama membantu mangsa banjir di seluruh negara meliputi dana dan sukarelawan.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata, ia akan membolehkan syarikat besar melihat sendiri masalah dan kesusahan dialami rakyat jelata.

“Saya seru sektor swasta lain yang berjaya, tolong tumpu perhatian sama ada beri dana atau siap jentera.

“Ada baiknya dalam keadaan sekarang, bukan saja dana, tetapi siap jentera dan biar tiap syarikat swasta dari Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang turun juga ke gelanggang.

“Lihat masalah kehidupan rakyat, kemiskinan mereka…kesusahan tetapi dengan penuh kesabaran,” katanya ketika menyampaikan amanat pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini.

Anwar turut memuji persiapan jentera pelbagai agensi kerajaan, anggota…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version