Syarikat milik kerajaan negeri itu berperanan menstabilkan kadar tambang antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

KUCHING: Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersetuju secara prinsip dengan cadangan kerajaan Sarawak untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan butik.
Beliau berkata, penubuhan syarikat penerbangan itu boleh meredakan keadaan kadar tambang mahal, khususnya antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
“Melihat kepada prestasi dan keupayaan kerajaan Sarawak, pada dasarnya saya bersetuju tentang penubuhan syarikat penerbangan itu,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Hotel dan Pusat Konvensyen Raia.
Perdana menteri berkata, cadangan itu juga akan dibawa untuk perbincangan lanjut dalam mesyuarat mingguan Jemaah Menteri, esok.
“Saya setuju malah dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu lalu dan Rabu…
