
JOHOR BAHRU: Perdana Menteri dikatakan bersetuju ceramah untuk pilihan raya negeri (PRN) Johor dilanjutkan sehingga 12 tengah malam berbanding 10 malam ketika ini, kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Katanya, persetujuan itu dicapai dalam pertemuan Ismail Sabri Yaakob bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH), termasuk Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Selasa.
“Jam 2 petang tadi (Selasa) kami jumpa Perdana Menteri, dalam pertemuan itu, Guan Eng minta ceramah dilonggar sedikit SOP, saya kata kenapa sampai 10 malam sahaja, biarlah sampai 11 malam.
“Perdana Menteri kata, kalau ikut beliau, biar sampai 12 malam, saya cakap buatlah arahan, jangan cakap di sini.
“Saya kata apa beza Covid-19 jam 10 malam dengan Covid-19 jam 12 malam?” katanya semasa berucap dalam ceramah PH di Bilik Operasi Utama DUN Kota Iskandar di Taman Mutiara Rini,…