
PETALING JAYA: Barisan Jemaah Menteri diminta mengutamakan menyelesaikan masalah dihadapi rakyat berbanding melaungkan slogan atau jenama baharu, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata teguran itu dibuat Perdana Menteri Anwar Ibrahim kepadanya kerana percaya rakyat masa ini tidak mahu mendengar perkara-perkara retorik daripada kerajaan.
“Orang tak nak dengar retorik dan slogan. Malah itu teguran perdana menteri… dia kata janganlah kita ada jenama baru.
“Kita fokus untuk selesaikan masalah rakyat,” katanya dalam bual bicara Naratif Khas yang disiarkan di TV1.
Dalam pada itu, Fahmi berkata banyak masalah rakyat yang menjadi tumpuan untuk diselesaikan barisan Jemaah Menteri, antaranya harga barang, buruh dan pelbagai lagi.
“Macam-macam masalah (rakyat)….