Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PM ucap tahniah kepada Ireland, Norway, Sepanyol iktiraf Palestin

today24 May 2024

Background


bang non
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kerajaan Ireland, Norway dan Sepanyol kerana berada di landasan sejarah yang tepat dengan mengiktiraf negara Palestin. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada kerajaan Ireland, Norway dan Sepanyol kerana berada di landasan sejarah yang tepat, serta berdiri tegak di jalur kemanusiaan dan prinsip keadilan, dalam mengiktiraf negara Palestin.

Anwar berkata niat murni mereka untuk mengiktiraf negara Palestin seperti yang diumumkan semalam, adalah bukti bahawa mereka memperakui hak rakyat Palestin kepada prinsip kedaulatan, maruah dan dalam menentukan nasib dan masa depan sendiri.

“Detik bersejarah ini menggerakkan dunia untuk lebih cepat mencapai dan memperteguh keamanan di benua Timur Tengah. Kepada negara-negara lain yang belum berbuat demikian, fahami fakta ini: bahawa dunia semakin celik kepada aspirasi dan perjuangan warga Palestin.

“Usaha mereka dalam mencari dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post