Anwar Ibrahim bagi pihak kerajaan turut mendoakan Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim merafak sembah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda esok.
Anwar, bagi pihak kerajaan perpaduan, turut mendoakan Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat, hidayah, berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
“Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan,” katanya di Facebook rasminya.
Perdana menteri turut berharap Seri Paduka kekal qarar memerintah dengan…