

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian baucar buku Madani bernilai RM100 kepada murid sekolah menengah dan pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) di seluruh negara.
Beliau berkata inisiatif itu melibatkan murid bawah Kementerian Pendidikan (KPM) serta pelajar IPT bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
“Program baucar buku Madani ini, saya tak ada pilihan. Saya beritahu Kementerian Kewangan, memang sukar dan perit, tetapi soal buku dan pendidikan harus tetap diberi keutamaan.
“Saya tekankan, keupayaan kita hanya untuk sekolah menengah bawah KPM dan universiti bawah KPT,” katanya merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia.
Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir.
Dalam ucapannya, Anwar turut mengingatkan semua kementerian, khususnya KPM dan…