
KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri (PMO) akan mengadakan program siaran langsung taklimat harian bermula Isnin ini bagi memastikan rakyat menerima maklumat tepat dan sahih secara terus daripada sumber rasmi.
Taklimat harian PMO akan disiarkan di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia pada 11 pagi dan 5 petang mengikut keperluan, yang disampaikan Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah.
Dalam siaran langsung pertama taklimat itu disampaikan Tunku Nashrul hari ini, beliau berkata PMO akan menjelaskan isu semasa, dasar penting, serta perkembangan terkini yang perlu diketahui rakyat.
Beliau berkata, taklimat itu juga merupakan langkah penting untuk menangkis penyebaran fitnah serta maklumat palsu yang mengelirukan masyarakat.
“Dalam era pasca normal yang menyaksikan maklumat tersebar luas dengan…