
Satu pengumuman rasmi berkenaan penganjuran kejohanan Formula Satu (F1) di Malaysia dijangka dibuat esok, Ahad, petik Harian Metro.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengesahkan perkara tersebut.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai perincian pengumuman berkenaan.
“F1 itu kita akan umumkan hari Ahad nanti,” katanya ringkas kepada media selepas merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Tahir Jalaluddin, hari ini.
…