Site icon Hot FM

PMX Berganding Bahu Bersama Ejen Ali, Beri Ucapan Istimewa Sempena Hari Guru 2025


Menerusi klip video berdurasi 2 minit 25 saat, ia memaparkan rakaman live-action PMX yang berada dalam dunia animasi 3 dimensi Ejen Ali untuk meraikan peranan guru dan sumbangan mereka dalam membentuk nilai pendidikan moden.

Initiatif tersebut adalah bersempena pelancaran Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) yang bakal menemui penonton di pawagam tidak lama lagi, sekali gus menjadi pendekatan baharu yang lebih mesra dengan generasi muda zaman kini.

“Hari ini kita berkumpul untuk meraikan wira luar biasa, guru-guru kita. Seperti ejen-ejen terhebat, mereka sentiasa berjuang di medan ilmu, memastikan misi pendidikan tercapai. 

“Semangat mereka tinggi menjulang menjadi tunjang utama negara kita. Saya bersama wira muda kita, Ejen Ali dan rakan-rakannya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh warga pendidik kita, mengajar kita, mendidik kita, menyampaikan ilmu semata-mata untuk melahirkan generasi Madani. 

“Sebab itu Ejen Ali, ingat jangan ada angkuh, buli, Ejen…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version