
PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor Azmin Ali berkata gabungan itu sudah mempunyai konsensus mengenai calon menteri besar negeri itu, namun enggan mendedahkan namanya kerana menghormati kuasa mutlak Sultan Selangor.
Calon PN DUN Hulu Kelang itu memberikan alasan ‘pengalaman di Johor’ menyebabkan komponen berkenaan tidak mahu mengumumkannya, berbanding lawan mereka Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang memilih mengekalkan Amirudin Shari.
Azmin merujuk kepada situasi selepas PRN Johor apabila Hasni Mohammad, calon menteri besar dari BN yang memenangi pilihan raya itu tidak dilantik sebaliknya Sultan Johor memperkenan melantik Adun Machap, Onn Hafiz Ghazi sebagai menteri besar ke-19.
“Saya percaya di kalangan pimpinan tertinggi PN sudah ada pemikiran siapa individu yang akan diberi tanggungjawab sebesar ini dan sudah pun ada konsensus.
“Namun kita…
