
SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) dalam manifestonya pilihan raya umum ke-15 berjanji Bajet 2023 yang dibentangkan kerajaan Ismail Sabri Yaakob akan dilaksanakan, jika gabungan itu menang pada 19 Nov ini.
PN memperkenalkan enam teras utama dalam manifestonya, iaitu memulih dan membangunkan ekonomi, melindungi kesihatan rakyat dan membendung Covid-19, memantapkan tadbir urus, menyelamatkan Felda, kebajikan rakyat dan negara digital.
Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata, ia akan mementingkan kebajikan rakyat dalam usaha mengatasi isu kos sara hidup dan kenaikan harga barang.
Katanya, PN juga akan mewujudkan sejuta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dalam sektor ekonomi digital dalam tempoh lima tahun.
BERITA LANJUT MENYUSUL