Hot FM

PN bakal bertanding di Sarawak



KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) bakal meletakkan calon-calon di beberapa kerusi Parlimen di Sarawak, umum pengerusi gabungan tersebut Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata PN bakal bertanding di empat kerusi di Sarawak iaitu Bintulu, Saratok, Lubok Antu dan Batang Lupar.

Bekas Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju bakal mewakili PN dan Bersatu untuk mempertahankan kerusi tersebut selepas memenanginya pada PRU lalu dengan majoriti 989 undi.

Selain itu, Jugah Muyang pula dipertaruhkan PN bagi mengekalkan Parlimen Lubok Antu yang dimenangi beliau pada tahun 2018 dengan 1,059 undi sebagai calon Bebas.

Duke Janteng pula menjadi taruhan PN di Parlimen Bintulu, manakala seorang lagi calon dari PAS yang mewakili PN bakal berentap di Parlimen Batang Lupar.

Nama calon tersebut bakal diumumkan kemudian.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version