Hot FM

PN berdepan ‘perang saudara’ rebut kerusi Melayu, kata penganalisis


bendera PN perikatan nasional
PN menambah keanggotaannya kepada enam parti ketika krisis gabungan berkenaan yang menyaksikan PAS menamatkan kerjasama dengan Bersatu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Kemasukan Parti Wawasan Negara (Wawasan) dan Pejuang ke dalam Perikatan Nasional (PN) akan menambahkan lagi saingan di kerusi majoriti Melayu yang ketika ini agak selesa dibahagikan antara PAS serta Bersatu, kata penganalisis politik.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata keadaan itu jika berlaku boleh meletakkan Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin dalam keadaan terhimpit kerana perlu berkongsi dengan anggota baharu yang sebelum ini berasal dari parti terbabit.

Beliau merujuk kepada Wawasan pimpinan Hamzah Zainudin yang dipecat Bersatu, Februari lalu dan membawa sebilangan besar Ahli Parlimen serta Adun.

Penganalisis dari Global Asia Consulting itu berkata pertambahan komponen baharu dalam PN menjadikan rundingan pembahagian kerusi bagi pilihan raya akan datang lebih rumit, khususnya di kawasan luar bandar dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version