
PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) belum bersedia mengisytiharkan harta kerana didakwa takut mendedahkan aset yang dikumpulkan selepas memegang jawatan tinggi dalam kerajaan, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim.
“Setakat ini belum ada kesediaan dari PN dan BN kepada prinsip ketelusan.
“Ini membuktikan mereka takut dan tidak berani mendedahkan aset mereka kepada rakyat setelah memegang jawatan tinggi dalam kerajaan,” katanya dalam kenyataan di Facebook ketika menghadiri Jelajah Indera Mahkota, di Pahang.
Presiden PKR itu juga menggesa rakyat di negeri itu bangkit memberi sokongan kepada partinya untuk membentuk kerajaan yang lebih sempurna dan patuh pada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.
Semalam, Presiden PAS Abdul Hadi Awang…