
Parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) bergerak bersama bagi menghadapi PRN Johor, tegas pengerusi gabungan itu selepas pembubaran DUN hari ini.
Sahruddin Jamal menegaskan perkara tersebut di sebalik pergeseran antara PAS dan Bersatu, mutakhir ini.
“PN Johor tiada masalah. Kami akan bergerak bersama-sama,” katanya kepada FMT.
Presiden PAS Hadi Awang sebelum ini mengumumkan PAS akan menilai kerjasama dengan Bersatu, bersekali amaran bahawa kesabaran ‘ada batas’.
Pengumuman itu setelah PAS “mengkaji satu persatu tindakan Bersatu”, mengambil contoh situasi politik di Negeri Sembilan dan Perlis, serta pendirian berkenaan usaha membawa masuk parti tertentu ke dalam PN.
Pada PRN Johor yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari akan datang, PN serta Barisan Nasional dan Pakatan Harapan dijangka akan berebut 56 kerusi.
BN akan memeprtahankan 40…