Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PN janji elaun sehingga 3 bulan gaji untuk penjawat awam Selangor

today4 August 2023

Background


Muhyiddin Yassin berkata inisiatif kepada penjawat awam itu sebagai mengiktiraf peranan sektor awam terhadap pembangunan negeri.

SHAH ALAM: Elaun khas tahunan berjumlah dua hingga tiga bulan gaji akan diberikan kepada penjawat awam di Selangor jika Perikatan Nasional (PN) menang PRN Selangor 12 Ogos ini.

Janji itu terkandung dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Selangor bernilai lebih RM2 bilion bertemakan “Selangor Baharu, Kita Bangkit”.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata inisiatif kepada penjawat awam itu diperuntukkan sebagai mengiktiraf peranan dan sumbangan sektor awam terhadap pembangunan negeri.

“Elaun khas tahunan sekurang-kurangnya dua bulan gaji akan diberikan kepada anggota perkhidmatan awam di Selangor.

“Jika kedudukan kewangan mengizinkan, kita akan pertimbangkan tiga bulan gaji,” katanya ketika mengumumkan manifesto PN Selangor malam ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Chia Wan Rou


Previous post