Hot FM

PN juga mungkin tak tanding PRN Sarawak, kata Annuar


PENYOKONG PN
Annuar Musa berkata PN akan memutuskan tidak lama lagi sama ada bertanding pada PRN Sarawak bulan depan.
PETALING JAYA:

Perikatan Nasional (PN) akan memutuskan tidak lama lagi sama ada bertanding pada PRN Sarawak bulan depan, kata Ketua Penerangannya Annuar Musa.

Annuar menerusi hantaran di media sosial berkata, Barisan Nasional (BN) sudah memutuskan untuk tidak menyertai pilihan raya itu.

“Tidak bertanding juga mungkin menjadi pilihan (PN),” katanya.

Terdahulu, Pengerusi BN Zahid Hamidi mengumumkan gabungan itu tidak akan bertanding pada PRN Sarawak kerana Umno mempunyai persefahaman dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang menerajui Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Berbeza dengan Sabah, Umno tidak pernah menubuhkan badan perhubungan negeri di Sarawak dan secara umumnya menghormati persefahaman untuk menyerahkan kerusi DUN serta Parlimen kepada parti tempatan.

Pada Oktober lalu, PAS dilaporkan mempertimbangkan untuk bertanding di Samariang, Sebuyau dan Beting Maro yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version