
PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) akan melancarkan manifestonya bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada awal November selepas hari penamaan calon, kata pengerusinya Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, segala tawaran bagi melaksanakan setiap inisiatif dan bantuan kepada rakyat akan diperjelaskan satu demi satu pada hari itu, termasuk komitmen parti melaksanakan apa terkandung dalam Bajet 2023 yang dibentangkan di Parlimen tetapi tidak sempat diluluskan.
“Kami akan meneliti dan melakukan penambahbaikan terhadap bajet kalau ada keperluan, serta mengutamakan kepentingan rakyat dengan kadar kemiskinan yang kian meningkat, khususnya golongan rentan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 sebelum ini” katanya dalam sidang media di…