
PETALING JAYA: Pelantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai sebagai penasihat tidak rasmi empat negeri yang diketuai Perikatan Nasional (PN) adalah untuk mendapatkan pengaruh bekas perdana menteri itu, kata seorang pemimpin PAS.
Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Pengerusi PN Muhyiddin Yassin tidak dilantik sebagai penasihat kerana “beliau memang dah sebahagian daripada kita”, lapor Malaysiakini.
Timbalan presiden PAS itu juga berkata “ada faktor yang tersurat dan tersirat” dalam pelantikan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu.
“Kita nak seramai mungkin orang bersama dengan kita. Setiap orang tu ada dia punya penyokong dia, pengikut dia.
“Jadi orang yang berpengaruh begini kalau boleh bersama kita, dia akan membina satu gelombang, walau besar atau kecil,” katanya.
Tuan Ibrahim juga menafikan PAS cuba untuk meminggirkan Muhyiddin atau menyokong Mahathir secara politik.
Mahathir, katanya,…
