Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PN masih usaha ‘pujuk’ pemimpin Umno bergabung, kata Hadi

today23 November 2023

Background


Abdul Hadi Awang berkata Ahmad Samsuri Mokhtar diyakini mampu mengukuhkan kedudukan PN di peringkat pusat.

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) masih berusaha menarik sokongan pemimpin Umno yang tidak menyokong kerjasama parti itu dalam kerajaan perpaduan untuk bergabung dengan mereka, kata Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS berkata, pencalonan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar di PRK Kemaman adalah persediaan untuk PN mengambil alih pentadbiran kerajaan.

“PRK bukan untuk Kemaman sahaja, besar untuk Malaysia seluruhnya. Ini untuk menambah, pertahankan kerusi Melayu, PN yang ada.

“Kita sedang memujuk lagi Umno, kerana Umno bukan semua sokong PH (Pakatan Harapan)…sedang pujuk lagi pihak lain untuk bergabung,” katanya dalam ceramah perdana di Dewan Sivik Kijal, Kemaman.

Ahli Parlimen Marang berkata, Samsuri diyakini mampu mengukuhkan kedudukan PN di peringkat pusat.

“Oleh kerana kita nak ambil langkah jauh lagi, kerajaan pusat, sebab itu bila kerana kosong Kemaman…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Mohd Farhan Darwis


Previous post