
PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) mesti membuktikan kebolehan mentadbir untuk memikat pengundi di negeri ditadbir Pakatan Harapan (PH), kata penganalisis.
Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia, berkata memandangkan peningkatan sokongan menembusi Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang pada PRN baru-baru ini, gabungan itu kini perlu tumpu membangunkan Kedah, Kelantan, dan Terengganu untuk menyakinkan pengundi di negeri ditadbir PH bahawa ia mempunyai kemampuan memerintah.
Katanya, PN boleh menjadi pilihan alternatif kepada pengundi di negeri dikawal PH dengan menunjukkan prestasi kejayaannya di negeri dikuasai gabungan tersebut.
Selain ekonomi, Mazlan berkata, antara faktor lain mampu mempengaruhi pengundi adalah “pengurusan sumber manusia, ketelusan, kebertanggungjawaban, sifar rasuah dan penyampaian yang…
