

Perikatan Nasional (PN) memfailkan permohonan secara ex parte bagi mendapatkan kebenaran memulakan prosiding komital terhadap Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Zulfikar Ahmad atas dakwaan menghina mahkamah.
Permohonan itu difailkan Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan bersama empat individu lain dengan menamakan Zulfikar sebagai responden tunggal.
Peguam yang mewakili gabungan itu, Rafique Rashid Ali, mengesahkan permohonan berkenaan telah difailkan.
PN mendakwa JPPM sengaja bertindak mendahului keputusan mahkamah dengan membatalkan pendaftaran gabungan itu ketika permohonan semakan kehakiman dan penangguhan pelaksanaan masih belum selesai.
PN mendakwa tindakan itu bertujuan mengganggu serta menghalang proses pentadbiran keadilan, selain menyebabkan permohonan semakan kehakimannya…