Gabungan pembangkang itu akan menggunakan sebaiknya untuk melakukan serangan balas selepas pemimpin mereka dihadapkan ke mahkamah, kata penganalisis.

PETALING JAYA: Perikatan Nasional dijangka menjadikan dakwaan rasuah terhadap pemimpinnya dengan membuat “serangan balas” menggunakan pertuduhan rasuah dihadapi pembantu Menteri Sumber Manusia V Sivakumar, kata seorang saintis politik.
Azizuddin Sani dari Universiti Utara Malaysia memberitahu FMT, pembangkang akan melakukan apa sahaja dan menggunakan sebarang isu untuk menyakinkan pengundi, dan bertindak balas terhadap siasatan dijalankan melibatkan pemimpin mereka.
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan bekas ketua penerangan parti itu, Wan Saiful Wan Jan, baru-baru ini, didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram dan rasuah. Parti berkenaan dan PAS…