Menteri undang-undang itu berkata darurat pada 2021 mengakibatkan Laporan Ketua Audit Negara tidak dapat dibincangkan pada tempoh berkenaan.
KUALA LUMPUR: Kerajaan terdahulu pimpinan Perikatan Nasional telah menafikan Parlimen peluang meneliti Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), dua tahun lalu, kata Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said.
Dalam penggulungannya selepas membahaskan laporan Peguam Negara itu, Azalina mempertikai kenapa pembangkang “takut” laporan itu dibentangkan di Dewan Rakyat.
“Ia adalah laporan dari 2021. Jika ada laporan dari 2020, kita boleh membincangkannya semasa sidang parlimen. Sekiranya darurat tidak diisytiharkan, kita boleh membahaskannya ketika itu.
“Kita membincangkan perkara ini pada 2023 kerana yang menutup pintu ‘rumah demokrasi’ itu tidak lain dan tidak bukan adalah…