Hot FM

PN sah beri laluan kepada Shahidan di Arau



Semalam, Shahidan Kassim mengesahkan beliau tetap bertanding pada PRU15 selepas namanya digugurkan sebagai calon BN dan digantikan dengan Rozabil Abdul Rahman.

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) mengesahkan nama calon bagi kerusi Parlimen Arau dikosongkan kerana ingin memberi laluan kepada Shahidan Kassim bertanding mewakili gabungan itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi PN Perlis, Mohd Shukri Ramli, berkata ia berlaku pada saat akhir disebabkan rundingan belum dimuktamadkan di peringkat gabungan itu dan PAS Pusat dengan Shahidan.

“Ya PN nak beri laluan kepada Shahidan. Kita tunggu lampu hijau daripada PN dan PAS pusat.

“Cadangnya begitu. Apapun tunggu keputusan dua-dua pihak,” katanya ketika dihubungi FMT.

Semalam, Shahidan mengesahkan tetap mahu bertanding di kerusi Parlimen Arau walaupun perlu menggunakan tiket parti lain selepas namanya digugurkan sebagai calon BN dan digantikan dengan Rozabil Abdul Rahman.

Selain itu,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version