

Muhyiddin Yassin berkata Bersatu kini parti pembangkang tunggal di Parlimen.
Presiden Bersatu berkata, kedudukan itu berlaku susulan kerjasama politik Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) yang menurutnya menjerumus gabungan pembangkang secara tidak langsung menyokong parti kerajaan.
“Mampukah Bersatu bertahan dalam menghadapi cabaran dan tentangan daripada parti-parti kerajaan dan prokerajaan?
“Bagi saya isunya bukan mampu bertahan, tetapi mesti bertahan,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Terdahulu, Presiden PAS Hadi Awang menyifatkan kerjasama PN dan BN ‘lebih daripada berkahwin’, justeru gabungan itu akan saling membantu dalam kempen PRN Negeri Sembilan.
Namun, Hadi berkata, kerjasama rasmi antara PN-BN akan dimuktamadkan dan dinilai dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri,…