Hot FM

PN tak akan meterai CSA, kata Takiyuddin


Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agung Perikatan Nasional Takiyuddin Hassan berkata tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu diketuai Presidennya Muhyiddin Yassin tidak mewakili pendirian atau keputusan rasmi gabungan.
PETALING JAYA:

Perikatan Nasional (PN) tidak akan memeterai perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) untuk mendapatkan peruntukan, seperti dilakukan enam Ahli Parlimen Bersatu, kata Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata tindakan diketuai Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin itu juga telah mengetepikan PN selaku parti gabungan dan blok pembangkang.

Katanya, ia juga adalah pilihan individu Ahli Parlimen terbabit dan tidak mewakili pendirian atau keputusan rasmi PN.

“CSA itu adalah pilihan mereka sendiri sebagai Ahli Parlimen.

“Kebetulan, ahli Parlimen yang menyertai CSA ini adalah daripada kumpulan yang tidak bersama secara aktif dalam PN, iaitu kumpulan Bersatu sendiri, kumpulan bekas Bersatu yang dahulu melompat parti dan juga Muda.

“Jadi, PN tidak terlibat dalam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version