Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PN terima 1 lagi SD sokong Muhyiddin, kata Hamzah

today22 November 2022

Background



(Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) menerima satu lagi surat akuan berkanun (SD) daripada seorang lagi Ahli Parlimen yang menyatakan kepercayaan kepada Muhyiddin Yassin, sebagai perdana menteri ke-10.

Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin berkata surat akuan berkenaan telah dihantar ke Istana Negara pagi ini.

Semalam, PN mendakwa telah mengemukakan lebih 112 SD daripada Ahli Parlimen yang memberi kepercayaan kepada Muhyiddin.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi masa kepada pemimpin parti dan gabungan sehingga 2 petang hari ini untuk mencadangkan calon perdana menteri masing-masing.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post