
PETALING JAYA: Barisan Nasional-Pakatan Harapan terus kehilangan sokongan, manakala Perikatan Nasional (PN) terus menyaksikan momentum sokongan menaik, kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.
Katanya, keputusan PRK Kemaman semalam memaparkan calon PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar memperoleh sokongan 70% pengundi, sebaliknya undi diperoleh BN-PH pada tahap 30% sahaja, jauh lebih rendah jika sokongan dua parti itu digabungkan pada PRU15, November lalu pada tahap 41%.
“Kemenangan Samsuri dengan majoriti lebih besar sebanyak 37,220 undi yang mewakili sokongan 70% pengundi…tetapi juga mengesahkan momentum sokongan menaik kepada PN dalam siri PRK yang diadakan pasca PRU15, termasuk di Parlimen Kuala Terengganu dan Pulai serta DUN Simpang Jeram dan Pelangai sebelum ini.
“Dengan kata lain, gabungan PH-BN bukan sahaja gagal meraih sokongan baharu,…