Menurut Arifin, ASB mencatatkan prestasi positif di sebalik keadaan pasaran kewangan yang tidak menentu, serta kemunculan varian baharu COVID-19 dan peningkatan kes baharu sepanjang tahun yang memperlahankan pemulihan ekonomi global.
“Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merekodkan prestasi -7.80 peratus setakat 22 Disember 2021. Indeks utama global pula menunjukkan prestasi lebih baik yang mana S&P 500 dan FTSE 100 masing-masing mencatat pulangan sebanyak 26.3 peratus dan 11.2 peratus.
“Kami bersyukur usaha berterusan dalam strategi kepelbagaian dan pengukuhan portfolio kami telah membuahkan hasil positif.
“Prestasi pelaburan ekuiti global yang lebih kukuh telah berjaya mengurangkan kesan pasaran domestik yang mencabar. Ini menunjukkan betapa pentingnya strategi kepelbagaian dalam mengurus risiko portfolio untuk menjana pulangan yang mampan,” katanya.
Peruntukan pelaburan antarabangsa ASB meningkat daripada 5.9 peratus pada 2020 kepada 8.2 peratus…