
PETALING JAYA: Desakan akar umbi PAS supaya logonya digunakan mewakili Perikatan Nasional (PN) di beberapa negeri pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) menunjukkan parti itu meragui kekuatan rakannya, Bersatu, kata penganalisis politik.
Menurut Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, penggunaan logo sebenarnya tidak memberi kesan besar kepada peratusan pengundi seperti berlaku pada pilihan raya negeri Melaka apabila PKR kalah besar meskipun menggunakan logonya sendiri dengan alasan ia telah dikenali pengundi.
“Dalam hal ini sebenarnya apa yang dipamerkan adalah rasa tidak puas hati PAS mengenai keyakinan mereka terhadap bantuan Bersatu yang tidak seberapa, ini yang timbulkan polemik penggunaan logo itu.
“Penggunaan logo (bulan) ini tafsiran lebih besar dalam PN iaitu tidak percaya dan yakin PAS terhadap Bersatu untuk bantu mereka,”…