
KUALA LUMPUR: Polis belum mengenal pasti sebarang pembabitan agensi perisikan asing yang menjadi dalang penculikan lelaki warga Palestin, di ibu negara, bulan lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim, berkata laporan media, semalam, yang mengaitkan penculikan itu dengan agensi perisikan Israel, Mossad, mengganggu siasatan dilakukan pihak berkuasa.
“Siasatan berhubung perkara itu masih berjalan. Kami tidak dapat mengesahkan sama ada berlaku pembabitan agensi asing,” katanya ketika ditanya sama ada benar Mossad terlibat.
“Jadi, bila timbul spekulasi seperti ini, ia mengganggu siasatan kami.
“Saya tidak tahu bagaimana tuduhan itu muncul dan saya tidak tahu di mana mereka (media itu) dapat (maklumat),” katanya kepada media ketika…