Menurut Sekretariat Solidariti Palestin, piket itu akan berkumpul di sekitar Kedutaan AS selama enam hari, bermula esok.

KUALA LUMPUR: Polis setakat ini tidak menerima permohonan daripada mana-mana pihak berhubung penganjuran piket ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ yang akan diadakan di sekitar Kedutaan Amerika Syarikat, bermula esok hingga Ahad.
Ketua Polis Wangsa Maju, Ashari Abu Samah, mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada penganjur, Sekretariat Solidariti Palestin (SSP), bagi mengadakan piket berkenaan.
Sementara itu, SSP dalam kenyataan memaklumkan piket yang membabitkan 48 badan bukan kerajaan (NGO) akan diadakan secara aman, sebagai respons terhadap krisis genting yang menuntut tindakan segera.
Piket itu bertujuan menuntut pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan; gencatan senjata dilaksanakan segera, kekal dan tanpa syarat; menghentikan…