
KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung dua video memaparkan aksi disyaki penderaan kanak-kanak yang tular di media sosial hari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata kedua-dua video berdurasi lima saat itu memaparkan seorang wanita memukul seorang kanak-kanak menggunakan tangan yang dipercayai berlaku pada Mei lepas.
Beliau berkata video yang dimuat naik di laman Facebook itu jelas menunjukkan kanak-kanak terbabit menangis selepas dipukul dan dipaksa makan sesuatu.
“Dalam kejadian pada 4.56 petang itu, polis menerima aduan daripada seorang wanita warga tempatan berumur 33 tahun menyatakan semasa berada di rumahnya, dia melihat satu video di mana anak lelakinya yang berumur tiga tahun dipukul oleh guru tadika di Kepong.
“Pengadu…