Hot FM

Polis buru 2 penghuni lari dari Puspen Dengkil


Timbalan Ketua Polis Sepang Mior Mohd Nor Azuan Alias berkata, pihaknya terima laporan berhubung kejadian 2 penghuni lari dari Puspen Dengkil pada 8.40 pagi tadi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Dua penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Dengkil melarikan diri dari pusat itu hari ini.

Dalam kenyataan, Timbalan Ketua Polis Sepang Mior Mohd Nor Azuan Alias berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada 8.40 pagi dan sedang berusaha mengesan kedua-dua lelaki tersebut.

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar tidak panik dan tidak membuat sebarang spekulasi mahupun menyebarkan maklumat tidak sah mengenai kejadian tersebut, lapor Bernama.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kedua-dua individu itu diminta menyalurkan kepada balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Sepang melalui talian 03-87774222.

Selain itu, orang ramai turut boleh menghubungi pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terdekat atau talian hotline TeleHello…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version