Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis buru 3 lagi suspek kes langgar lari Jln Klang Lama

today30 January 2025

Background


hilux langgar
Tangkap layar video memaparkan kenderaan dipandu ke arah sekumpulan orang yang bertempiaran.

PETALING JAYA: Polis memburu tiga lagi suspek kes langgar lari di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur semalam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Azry Akmar Ayob, berkata polis berjaya mengesan dan menangkap lima suspek, di sekitar Banting, Selangor.

“Tiga lagi suspek yang masih bebas sedang dikesan oleh polis dan suspek tersebut diminta untuk menyerah diri,” menurut kenyataan.

“Semua suspek akan ditahan reman.”

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, iaitu mencuba membunuh orang.

Azry memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi polis Kuala Lumpur di talian 03 21159999 atau Bilik Gerakan IPD Brickfields di talian 03 22979222, atau mana-mana balai berhampiran.

Menurut polis, pada jam 6.18 pagi semalam, seorang pengadu ternampak dua buah kenderaan keluar dari tempat letak kereta di sebuah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post