Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis buru 3 lelaki bakar anak kucing

today23 April 2024

Background


Polis berkata dua daripada tiga suspek menyimbah bahan bakar ke atas anak kucing itu dan salah seorang membakarnya dalam kejadian di tapak parkir motosikal Flat Sri Kenari, Sungai Ramal Baru, Kajang.

PETALING JAYA: Polis memburu tiga lelaki disyaki membakar seekor anak kucing dalam kejadian di tapak parkir motosikal Flat Sri Kenari, Sungai Ramal Baru, Kajang, semalam.

Ketua Polis Kajang, Mohd Zaid Hassan, berkata semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati dua daripada tiga suspek yang melepak di tapak parkir berkenaan menyimbah bahan bakar ke atas anak kucing itu dan salah seorang membakarnya dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari.

“Ketiga-tiga mereka hanya menyaksikan anak kucing tersebut berlari dalam keadaan badan terbakar,” katanya dalam kenyataan.

Zaid berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada seorang wanita berusia 63 tahun pada 10.51 pagi tadi.

Katanya, pengadu mendapat tahu kejadian daripada seorang saksi yang juga penduduk flat berkenaan yang melihat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post