Hot FM

Polis buru 3 lelaki lempar 9 bom petrol


Ketua Polis Manjung Hasbullah Abd Rahman berkata siasatan awal mendapati bom petrol itu dibaling tiga suspek yang menaiki kereta Toyota Altis dan memakai pelitup muka. (Gambar Bernama)

LUMUT: Polis sedang memburu tiga individu disyaki along yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis pada awal pagi semalam.

Ketua Polis Manjung Hasbullah Abd Rahman berkata dalam kejadian sekitar 3.08 pagi itu sembilan botol bom petrol dilemparkan ke arah kediaman berkenaan hingga menyebabkan sebuah kereta dan motosikal terbakar.

“Polis menerima laporan pada 9.36 pagi semalam daripada mangsa lelaki berumur 25 tahun yang juga seorang pekerja syarikat kuari.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga individu itu menaiki sebuah kereta Toyota Altis dan memakai pelitup muka,” katanya dalam satu kenyataan.

Hasbullah berkata hasil pemeriksaan lanjut di lokasi turut menjumpai lima helai kertas tertera tulisan bahasa Cina di luar pagar rumah mangsa yang memberikan amaran supaya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version