

Polis memburu lima suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian tembakan hingga mencederakan seorang lelaki di Ladang Kemahang, Tanah Merah, Kelantan awal pagi tadi.
Ketua Polis Tanah Merah Mohd Haki Hasbullah berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, mangsa Mohd Khairul Amri Ab Kadir, 43, cedera di dagu selepas terkena tembakan ketika melakukan rondaan bersama rakannya bagi mengesan kegiatan mencuri lembu.
“Sebelum kejadian, pengadu yang juga jurujual berusia 35 tahun bersama mangsa menjalankan rondaan di kawasan ladang berkenaan sejak 1.30 pagi.
“Sekitar 2.30 pagi, mereka terserempak dengan sekumpulan lebih kurang lima lelaki dipercayai warga tempatan dan warga Thailand.
“Suspek kemudiannya dipercayai bertindak melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat…