

Polis sedang mengesan beberapa individu yang melakukan provokasi terhadap anggotanya, dan mengeluarkan kata-kata ancaman, dalam satu kejadian di Dataran Guchil, Kelantan.
Ketua Polis Kuala Krai, Mazlan Mamat, berkata kejadian berlaku semalam ketika pihak berkuasa sedang menjalankan operasi pemantauan sempena Aidilfitri, sekitar jam 2 pagi.
Polis pada mulanya mengesan tindakan sekumpulan pemandu kereta dan penunggang motosikal yang berlumba di antara lampu isyarat Batu Balai dan Guchil.
“Semasa polis membuat pemeriksaan di Dataran Guchil, terdapat seorang penunggang motosikal terjatuh melanggar sebuah motosikal lain semasa mengelak dari pemeriksaan polis.
“Seorang anggota dari Balai Polis Kuala Krai cuba menahan individu terbabit, namun berlaku pergelutan sehingga menyebabkan anggota berkenaan mengalami kecederaan,” menurut kenyataan.
Susulan pergelutan, Mazlan berkata…