Satu video tular menunjukkan lelaki memakai penutup muka, topi dan bersenjatakan parang meragut beg tangan seorang wanita.

PETALING JAYA: Polis Klang Utara memburu seorang lelaki bersenjatakan parang yang meragut beg tangan seorang wanita ketika mangsa berjalan untuk masuk ke dalam keretanya dalam satu kejadian di Kapar semalam.
Lelaki itu yang memakai penutup muka dan topi dilihat keluar dari sebuah kereta jenis Honda City berwarna perak sebelum menarik beg tangan mangsa.
Kejadian itu turut dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) dan video itu kemudiannya tular di media sosial.
Rakaman itu menunjukkan mangsa dan seorang lagi orang awam cuba melawan suspek tetapi lelaki itu sempat melarikan diri dengan menaiki kereta yang dipandu rakannya.
“Polis masih membuat siasatan lanjut dan usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan serta memburu…