

Polis giat menjejaki seorang lelaki dipercayai mencabul wanita yang sedang berjalan untuk pulang ke rumahnya di Setia Alam, semalam.
Ketua Polis Shah Alam, Sarudin Samah, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa berusia awal 20-an pada 9.06 malam.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 7.10 malam ketika mangsa berjalan seorang diri pulang dari tempat kerja melalui sebuah lorong sunyi di kawasan perumahan berkenaan.
“Secara tiba-tiba, mangsa diserang dari arah belakang oleh seorang lelaki tidak dikenali yang memakai baju merah dan berseluar hitam. Suspek bertindak memeluk serta menutup mulut mangsa sebelum mencium dan merabanya,” katanya dalam kenyataan.
Sarudin berkata, suspek kemudian melarikan diri dan mangsa tidak mengalami sebarang kerugian dalam kejadian itu.
Beliau berkata, polis sedang menjalankan usaha…