
Polis sedang giat mengesan sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjata dipercayai melarikan wang tunai serta barangan mewah dianggarkan bernilai RM2.91 juta dari sebuah kediaman mewah di Jalan Ampang, semalam.
Ketua Polis Wangsa Maju, Annas Sulaiman, berkata kejadian dipercayai berlaku antara 2 hingga 3 petang di sebuah unit kediaman di Pavilion Embassy sebelum mangsa, seorang lelaki warga China berumur 28 tahun membuat laporan polis pada 5.31 petang.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati beberapa lelaki bertopeng, bersarung tangan serta bersenjatakan pisau menceroboh masuk ke dalam rumah berkenaan.
“Kumpulan suspek itu melarikan wang tunai, barangan kemas dan jam tangan mewah dengan anggaran nilai kerugian RM2.91 juta, selain turut merosakkan telefon bimbit dan…