Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis buru suspek tembak pintu bank di Sibu

today15 February 2026

Background


Pintu kaca sebuah bank di Jalan Lanang di Sibu, Sarawak yang pecah selepas dipercayai ditembak individu tidak dikenali petang tadi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Polis menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif dan suspek yang terlibat menembak pintu kaca sebuah bank di Jalan Lanang di Sibu, Sarawak.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu menyebabkan pintu kaca premis berkenaan pecah, lapor Bernama.

Ketua Polis Sibu Zulkipli Suhaili berkata hasil pemeriksaan di tempat kejadian menemukan satu kelongsong peluru dan satu butir peluru hidup dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden terbabit.

“IPD Sibu mengesahkan menerima satu laporan daripada seorang lelaki berkaitan kejadian itu.

“Menurut keterangan saksi, terdapat dua lelaki menaiki sebuah motosikal dengan seorang daripadanya melepaskan satu das tembakan dipercayai jenis pistol sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kejadian itu tidak menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa dan disiasat di…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post