Tahanan yang dikenali sebagai Nordin Ahmad, 54, melarikan diri dari wad kuarantin tibi di Hospital Sungai Bakap petang tadi.

NIBONG TEBAL: Polis sedang mengesan seorang tahanan yang melarikan diri ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Bakap (HSB) hari ini.
Ketua Polis Seberang Perai Selatan Ng Ah Thiam berkata, pihaknya menerima laporan pada 3.56 petang daripada warden penjara bahawa seorang tahanan lelaki warga tempatan melarikan diri.
“Kejadian itu berlaku di wad kuarantin tibi, iaitu wad lima HSB dan tahanan lelaki tersebut dikenali sebagai Nordin Ahmad, 54.
“Semasa meloloskan diri suspek memakai t-shirt kelabu dan seluar pendek warna hitam,” katanya dalam kenyataan.
Susulan itu, beliau berkata polis telah melancarkan Op Tutup dan usaha giat dijalankan bagi mengesan tahanan berkenaan yang dipercayai masih berada di…