Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis cari lelaki baring atas jalan

today24 July 2023

Background


Tangkap layar video tular menunjukkan seorang lelaki berbaring atas jalan dekat Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak.

PETALING JAYA: Polis mengesan seorang lelaki yang bertindak baring atas jalan berhampiran stesen minyak Petronas Gunung Lang dekat Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, dalam video tular di media sosial.

Ketua Polis Ipoh, Yahaya Hassan, berkata video itu dikesan dimuat naik di Twitter pada 4.30 petang kelmarin namun tarikh dan masa sebenar kejadian belum dipastikan.

Bagaimanapun, katanya satu laporan polis berhubung kejadian itu dibuat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 283 Kanun Keseksaan atas kesalahan bahaya atau halangan di jalan awam.

“Kita sedang mengesan individu terbabit dan kejadian itu dipercayai berlaku di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, berdasarkan rakaman yang tular,” katanya menurut Berita Harian.

Orang ramai yang melihat kejadian itu atau mempunyai maklumat berkaitan lelaki terbabit diminta tampil membantu siasatan polis.

Maklumat boleh disalurkan terus kepada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Silva setia bersama Fulham

New York: Pengurus Fulham, Marco Silva, berkata dia memberi sepenuh komitmen kepada kelab itu selepas menolak tawaran lumayan daripada kelab Arab Saudi, Al-Ahli.

today24 July 2023